
Ada satu nama Allah yang apabila digunakan dalam doa, Rasulullah ï·º bersabda Allah akan memberi apabila diminta dengannya.
Biasakan menyebut:
Ya Dzal Jalali wal Ikram
Maksudnya: "Wahai Tuhan Yang Maha Agung lagi Maha Mulia."
Rasulullah ï·º pernah mendengar seorang lelaki berdoa dengan menyebut nama Allah ini.
Lalu Baginda bersabda: "Dia telah berdoa kepada Allah dengan Nama-Nya yang Agung. Apabila diminta dengan nama itu, Allah akan memberi. Apabila dipohon dengannya, Allah akan memperkenankan." (Riwayat Abu Dawud & at-Tirmizi)
Selepas memuji Allah dan berselawat, sebutlah: "Ya Dzal Jalali wal Ikram"
Kemudian pohonlah apa sahaja hajat yang baik kepada Allah dengan penuh ikhlas dan yakin. Semoga Allah menerima dan memakbulkan setiap doa kita.
Aamiin.
Semoga kita semua dapat mengamalkan cara berdoa dengan menggunakan nama Allah yang khusus ini -- Ya Dzal Jalali wal Ikram
Info Yang Anda Cari:
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - ILMAN HATI.




0 Comments