Berziarah Orang Sakit Mendapat Doa Para Malaikat. Berziarah orang sakit juga adalah tempat yang banyak dikunjungi oleh Malaikat selain dari majlis-majlis ilmu. Beribu-ribu Malaikat ikut menziarahi orang sakit kerana mereka mahu menjalankan tugas mereka. Para Malaikat berada dekat dengan orang yang sedang sakit kerana Allah SWT akan mengarahkan samada sakit itu disembuhkan, dosa-dosa kecilnya di hapuskan, atau pahala sabar si pesakit ditambahkan dan banyak lagi. Jadi, ziarahilah orang sakit supaya mendapatkan doa para Malaikat.

Berziarah Orang Sakit Mendapat Doa Para Malaikat
Mengapa menziarahi orang sakit akan mendapatkan doa para Malaikat? Siapa yang patut menziarahi si pesakit? Atau adakah boleh dijadikan untuk menziarahi pesakit?
Daripada ‘Ali bin Abi Talib RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah seorang Muslim menziarahi seorang Muslim yang sakit pada waktu pagi, melainkan tujuh puluh ribu malaikat mendoakannya sehingga petang. Jika dia menziarahinya pada waktu petang, tujuh puluh ribu malaikat mendoakannya sehingga pagi. Dan baginya satu kharīf (buah-buahan yang dipetik) di dalam syurga.” (HR Tirmizi No: 891) Status: Hadis Sahih
1. Antara hikmah dituntut saling berziarah adalah untuk mengeratkan lagi ikatan persaudaraan sesama muslim.
2. Menziarahi orang sakit merupakan sunnah yang mempunyai ganjaran sangat besar.
4. Jika ia menziarahi sebelah pagi, para malaikat akan mendoakan kebaikan dan keampunan padanya hingga ke petang. Jika ia menziarahi sebelah petang, para malaikat akan mendoakan kebaikan dan keampunan untuknya sehingga pagi keesokan harinya.
5. Orang yang menziarahi dijanjikan ganjaran syurga. Ungkapan خَرِيفٌ فِي الْجَنَّةِ menggambarkan hasil dan buah-buahan syurga yang disediakan kepadanya sebagai ganjaran.
6. Menziarahi orang sakit menghimpunkan pelbagai nilai antaranya mengeratkan ukhuwah, menyuburkan kasih sayang, mengambil berat, memberi sokongan, mengembirakan hati serta mendoakan.
Daripada ‘Ali bin Abi Talib RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah seorang Muslim menziarahi seorang Muslim yang sakit pada waktu pagi, melainkan tujuh puluh ribu malaikat mendoakannya sehingga petang. Jika dia menziarahinya pada waktu petang, tujuh puluh ribu malaikat mendoakannya sehingga pagi. Dan baginya satu kharīf (buah-buahan yang dipetik) di dalam syurga.” (HR Tirmizi No: 891) Status: Hadis Sahih
Hikmah & Pengajaran Dari Berziarah Orang Sakit
1. Antara hikmah dituntut saling berziarah adalah untuk mengeratkan lagi ikatan persaudaraan sesama muslim.
2. Menziarahi orang sakit merupakan sunnah yang mempunyai ganjaran sangat besar.
3. Orang yang menziarahi saudaranya yang sakit akan didoakan oleh 70,000 malaikat.
4. Jika ia menziarahi sebelah pagi, para malaikat akan mendoakan kebaikan dan keampunan padanya hingga ke petang. Jika ia menziarahi sebelah petang, para malaikat akan mendoakan kebaikan dan keampunan untuknya sehingga pagi keesokan harinya.
Info Yang Anda Cari:
6. Menziarahi orang sakit menghimpunkan pelbagai nilai antaranya mengeratkan ukhuwah, menyuburkan kasih sayang, mengambil berat, memberi sokongan, mengembirakan hati serta mendoakan.
Semoga mendapat manfaatnya.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - ILMAN HATI.




0 Comments