
Daripada Ali dan Ammar RA;
عَنْ عَلِيِّ وَعَمَّارٍ رضي الله عنهما أَنَّ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُكَبِّرُ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ صَلاةَ الْغَدَاةِ وَيَقْطَعُهَا صَلاةَ الْعَصْرِ آخِرَ أَيَّامِ التَّشْرِيقِ
"Sesungguhnya Nabi SAW bertakbir bermula pada hari Arafah (9hb Zulhijjah) selepas solat Subuh dan Baginda memberhentikannya selepas solat Asar hari Tasyriq yang akhir (13hb Zulhijjah). - (HR al-Hakim No: 1111) Status : Isnad Sahih
Mengapa Takbir Raya Dialunkan Mulai 9 Zulhijjah?
1. Takbir adalah syiar penting Aidiladha dan hari-hari Tasyrik yang perlu dihidupkan oleh umat Islam.
2. Bagi yang tidak mengerjakan haji, takbir raya bagi hari raya Eidil Adha bermula daripada Subuh 9hb Zulhijjah sehingga waktu Asar hari Tasyriq yang terakhir (13hb Zulhijjah) berdasarkan pendapat Imam al-Nawawi yang dipilih dalam Kitab al-Tashih, al-Majmuk, al-Azkar (Asah) dan Raudhah al-Talibin (Azhar).
3. Takbir ini dipanggil Takbir Muqayyad iaitu takbir yang dilafazkan mengiringi solat sama ada solat fardu, sunat, tunai, qada’ dan solat jenazah.
4. Sunat terus bertakbir sebaik sahaja selesai solat setiap solat bermula solat subuh 9hb Zulhijjah sehingga selepas solat Asar 13hb Zulhijjah.
5. Sunat mengkemudiankan zikir selepas Takbir Muqayyad.
6. Hari Arafah dan Hari Tasyrik ialah hari ibadah, hari zikir dan hari membesarkan Allah. Mengamalkan Takbir Muqayyad adalah menghidupkan sunnah Rasulullah dan para sahabat.
7. Hadis ini menunjukkan sunnah Rasulullah SAW dalam menghidupkan takbir pada Hari Arafah dan hari-hari Tasyrik. Takbir bukan sekadar lafaz di lisan, tetapi lambang pengagungan terhadap Allah dan penghayatan terhadap syiar Islam.
Marilah kita bersedia untuk melaksanakan Takbir Muqayyad dan Takbir Mursal (takbir bermula terbenam matahari masuknya hari raya).
Tiada saat yang indah dan hening pada hari raya kecuali kita sama-sama bertakbir memuji kebesaran Allah. Alhamdulillah.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.
