
Doa Nabi Yunus Untuk Keluar Dari Gelisah Dan Masalah Besar
Ù„َا Ø¥ِÙ„ٰÙ‡َ Ø¥ِÙ„َّا Ø£َنتَ سُبْØَانَÙƒَ Ø¥ِÙ†ِّÙŠ Ùƒُنتُ Ù…ِÙ†َ الظَّالِÙ…ِينَ
(“Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk dalam kalangan orang-orang yang zalim.”) - [Surah al-Anbiya’ 21:87]
Khasiat & Keutamaannya Doa Nabi Yunus
Senarai khasiat dan fadhilat doa ini adalah berdasarkan sebagaimana disebut dalam al-Quran, hadis, dan pengalaman para ulama, seperti di bawah:
1. Doa mustajab ketika ditimpa kesusahan
Rasulullah ï·º bersabda: “Doa Dzun Nun (Nabi Yunus) ketika baginda berdoa dalam perut ikan:
لا إله إلا أنت Ø³Ø¨ØØ§Ù†Ùƒ إني كنت من الظالمين.
Sesiapa yang berdoa dengannya, Allah akan kabulkan doa itu.- (HR al-Tirmizi, sahih).
Info Yang Anda Cari:
2. Melepaskan diri dari kesempitan & masalah besar
3. Menghapuskan dosa & mengingatkan kelemahan diri
Lafaz “إني كنت من الظالمين” adalah pengakuan kelemahan diri, yang membuka pintu taubat dan pengampunan Allah. Bersungguhlah dalam memohon doa sambil merendah diri dan merayu supaya Allah mengampuni diri yang banyak dosa.
4. Menenangkan hati ketika gundah, gelisah, stres atau tertekan
Membaca doa ini berulang-ulang boleh menjadi zikir yang datangkan tenangnya jiwa. Apa lagi yang kita harapkan di akhiran hidup kita setiap hari melainkan ketenangan jiwa dan keredhaan dari Illahi.
5. Membuka pintu rezeki & jalan keluar dari kesempitan hidup
Dengan tawakal kepada Allah melalui doa ini, Allah mudahkan urusan dunia dan akhirat. Kita berserah bulat-bulat kepadaNya supaya dikurniakan limpahan rezeki yang halal dari pelbagai sudut yang tidak kita jangkakan.
6. Menguatkan tauhid dan keyakinan pada Allah
Doa ini menegaskan tiada Tuhan melainkan Allah, sekaligus memperbaharui iman. Syukurlah jika kita masih diberi peluang untuk sentiasa mengukuhkan tauhid kita pada Allah Yang Maha Esa. Dengan keyakinan yang tinggi, pasti Allah meletakkan rahmat dan ehsanNya kepada kita tanpa berbelah bagi.
7. Amalan orang sakit atau ditimpa musibah
Banyak ulama dan ahli tasawuf menyarankan membacanya untuk mendapatkan kekuatan ketika sakit, ujian atau bala. Kerana kita mengakui dosa-dosa yang lepas, tabah ketika diuji dan terus mengingatinya saban waktu, insha Allah segala derita kesakitan akan diangkat dan kembali sihat seperti sediakala. Allah Maha Baik.
Cara amalan
🩸 Boleh dibaca selepas solat
🩸 Boleh dibaca sebagai zikir harian (contoh: 100x pagi, 100x malam).
🩸 Diamalkan ketika sukar, terdesak, ditimpa ujian.
Semoga bermanfaat.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - ILMAN HATI.




0 Comments