Selalulah memuji Allah. Kenangkan semua nikmat dan pemberian-Nya. Semua ini akan melahirkan rasa cinta kepada-Nya.
Selepas mencintai-Nya, ajarlah orang ramai untuk mencintai Allah.

Ajarilah Sahabatmu Mencintai Allah
Abu Darda berkata :"Sesungguhnya hamba Allah yang paling dicintai oleh Allah adalah mereka yang mencintai Allah dan suka membuat orang lain mencintai Allah. Begitu juga mereka yang selalu mengamati peredaran matahari, bulan, bintang, dan bayang² untuk mengingati Allah."(Ibn al-Mubarak dalam kitab al-Zuhd)
Maksud mengamati peredaran matahari, bulan, bintang dan bayang² adalah menjaga waktu² solat wajib dan sunat untuk melaksanakannya.
Semoga dengan penjelasan di atas, kita semua mampu menjadi hamba Allah yang saling mencintai sesama makhluk terutamanya bersama-sama berusaha menuju ke syurgaNya yang tertinggi.
Insya Allah.
Sumber ;
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.
