Amalan Untuk Menghadapi Fitnah Akhir Zaman

Amalan Untuk Menghadapi Fitnah Akhir Zaman. Dunia dah akhir zaman, tanda-tandanya dah banyak Allah bagi. Cuma kita je yang lalai. Tanda kecil dann tanda besar semua dah ada, cuma kita kena bersedia dengan bekalan dan amalan yang nak di bawa ke alam sana. Dalam akhir zaman, fitnah akan berleluasa. Yang alim warak dihina dan diketawakan. Disindir macam-macam. Bagi kita yang ada ilmu sikit ni, muliakan golongan yang selayaknya dan bergantung keyakinan kita pada Allah yang satu.

Amalan Untuk Menghadapi Fitnah Akhir Zaman
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Amalan Untuk Menghadapi Fitnah Akhir Zaman


Usaha akhir zaman, agar kita terhindar dari golongan yang terjerumus dalam fitnah akhir zaman, bolehlah amalkan perkara-perkara di bawah.

1. Hafal surah Al-Kahfi 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir. Baca setiap hari lepas subuh dan sebelum tidur. Juga boleh dibaca selepas solat fardhu.

2. Baca keseluruhan surah Al-Kahfi setiap malam Jumaat atau siang Jumaat.

3. Baca Doa Perlindungan dari 4 perkara selepas Tahiyyat Akhir sebelum salam.

4. Zaman Dajjal nanti tak ada makanan. Kita lapar. Baca surah Yassin niat untuk kenyang.

AMALAN SEBELUM TIDUR


1. Baca Ayat Kursi.
2. Baca 2 ayat terakhir Al-Baqarah.
3. Baca 10 ayat awal dan 10 ayat terakhir Al-Kahfi.
4. Baca surah Al-Kafirun 3x.
5. Baca surah Al-Ikhlas 3x.
6. Baca surah Al-Falaq 3x.
7. Baca surah An-Naas 3x.
8. Baca Bismillah 21x atau 41x.
9. Baca 2 ayat terakhir surah At-Taubah 11x.
10. Last sekali ditutup dengan mengucap dua kalimah Syahadah.

AMALAN LEPAS SOLAT SUBUH


1. Baca surah Al-Qadr 11x.
2. Baca surah Al-Fill 11x.
3. Baca surah Al-Ikhlas 11x.
4. Baca Bismillahillazi La Yadurru Ma’as Mihi Syai’un Fil Ardhi Wala Fis Sama'i Wahuwas Sami’ul Alim 41x.

(Dari kuliah TGSMZA)

Boleh ditambah lagi dalam list amalan sebelum tidur dengan Zikir Fatimah dan bacaan Surah Al-Hadid, As-Sajdah juga Al-Mulk. Akhir sekali tutup dengan mengucap dua kalimah Syahadah.

Semoga bermanfaat dan istiqomah.

Post a Comment

Previous Post Next Post
"

Connect With us

"
close